MNH48.moe

Menterjemah ke bahasa Melayu sejak tahun 2012, dan menyumbang kepada sumber terbuka.

Tentang MNH48

muhdnurhidayat > Saya Muhammad Nur Hidayat, dan MNH48 ialah salah satu nama panggilan yang saya guna dalam talian (yang lainnya termasuklah muhdnurhidayat, juga ditulis sebagai MuhdNurHidayat). MNH48 terhasil selepas menggabungkan huruf pertama nama panggilan MuhdNurHidayat dengan nombor bertuah saya, 48. Nombor 48 asalnya cadangan bodoh yang saya buat masa kelas komputer waktu tingkatan dua dulu. Masa itu, kelas tengah bertengkar tentang perisian 32-bit dan 64-bit, saya yang tak tahu apa-apa tentang bit ketika itu dengan bodohnya mencadangkan perisian 48-bit sebagai alternatif. 48 ialah hasil perkiraan (32+64)/2. Selepas itu ramai kawan yang mengejek dan memanggil saya 48, tetapi saya membuat kejutan apabila saya terima saja dan jadikan ia nombor bertuah saya.

Selepas beberapa tahun, kini saya pelajar sains komputer di Universiti Teknologi MARA, dan saya terlibat dalam pelbagai penterjemahan terutamanya untuk perisian bersumber terbuka, lagu atau media bahasa Jepun. Saya juga penterjemah utama bahasa Melayu untuk Minetest, sebuah projek yang berazam untuk membuat enjin permainan dan permainan boksel serupa seperti Infiniminer, yang turut menginspirasikan Minecraft.

Kerja-kerja terjemahan

Benda lain yang saya buat

Selain daripada menterjemah, saya juga buat beberapa benda lain seperti menulis kandungan untuk Minetest.

Nak lebih lagi?

Cuba tengok laman sesawang peribadi, Twitter, GitHub, atau YouTube saya.