Kenapa kena bantu pula?

Sebenarnya ikut suka kau la, saya tak kisah kalau kau tak nak tolong saya, cumanya saya akan lebih bersemangat dan buat lebih banyak terjemahan kalau kau tolong saya.

Tapi kalau memang kau nak tolong saya, kau mungkin rasa kenapa nak tolong pula. Kalau kau tak tahu lagi, saya penterjemah bahasa Melayu untuk pelbagai perisian, pemalam, mods dan dokumen. Saya juga penterjemah utama bahasa Melayu untuk Minetest, sebuah enjin permainan dan permainan kotak pasir blok dunia tanpa had bersumber terbuka dengan aspek kemandirian dan pertukangan. Selain itu, saya juga membantu pembangunan sesetengah perisian, pemalam, mods dan dokumen dalam cara lain seperti penyahpepijatan atau melaporkan isu-isu.

Dengan membantu saya, anda membuktikan bahawa anda menghargai apa yang saya telah lakukan. Ia menggalakkan saya untuk meluangkan lebih banyak masa membuat terjemahan dan menyokong usaha pengantarabangsaan di peringkat dunia, untuk membolehkan lebih ramai orang memahami lebih banyak bahan. Bantuan anda juga akan membantu saya mengurangkan beban caj sewaan hos pelayan saya yang kini digunakan untuk laman web terjemahan dan juga pelayan Minetest khusus untuk penutur bahasa Melayu.

Perlu saya ingatkan, anda hanya patut membantu saya sekiranya anda suka apa yang saya buat atau anda ingin menyokong usaha pengantarabangsaan dunia. Jika tidak, anda tidak perlu berbuat sedemikian. :)

Macam mana nak bantu?

Ada banyak cara untuk bantu saya.

Derma

Anda boleh menderma kepada saya melalui platform berikut bergantung kepada sama ada anda ingin menderma secara berulangan atau hanya menderma satu kali.

Ambil perhatian bahawa jika derma anda ingin ditujukan khusus kepada sesuatu (cth. untuk bayar pelayan saya atau beli item tertentu seperti makanan atau pakaian) maka tolong hantar e-mel atau sembang melalui pelayan Discord saya terlebih dahulu untuk berbincang mengenainya, tanpa mengira derma berulangan atau derma satu kali.

Ketika ini, sudah ada orang menaja langganan Discord Nitro (RM31.99 sebulan) dan pelan internet asas (RM40.00 sebulan) saya, jadi tidak perlu derma untuk dua perkara tersebut.

Derma Berulangan

Sekrianya anda ingin menderma secara berulangan setiap minggu atau bulan secara berterusan dan konsisten, anda boleh menderma menerusi Liberapay.

https://liberapay.com/mnh48/

Derma Satu Kali

Sekiranya anda ingin menderma satu kali, anda boleh menderma melalui DuitNow, Ko-fi, atau cara pembayaran yang lain.

DuitNow

Untuk orang di Malaysia atau negara lain yang disambungkan ke sistem DuitNow di Malaysia, anda digalakkan untuk menderma menggunakan DuitNow kerana saya akan menerima serta-merta dan tidak perlu menunggu 7 hari untuk melalui pemprosesan pembayaran di tengah, kerana DuitNow itu sistem pembayaran terus institusi-ke-institusi.

Untuk menderma melalui DuitNow, buka aplikasi bank/e-Dompet anda dan imbas kod QR berikut, masukkan jumlah, dan selesaikan transaksi.

DuitNow

DuitNow patut berfungsi dengan semua bank utama dan kebanyakan aplikasi e-Dompet terkemuka di Malaysia termasuk Boost, Touch ‘n Go eWallet, dan Grab.

Untuk orang dari negara lain yang menyambung ke sistem DuitNow di Malaysia, iaitu Singapura, Indonesia, dan Thailand, ketersediaan bergantung kepada aplikasi bank/e-Dompet khusus yang anda gunakan.

Ko-fi

Pembayaran dihantar melalui Ko-fi akan diproses melalui Stripe, dan akan ada lengah masa 7 hari kerana proses tapisan oleh pemprosesan pembayaran. Anda boleh juga tinggalkan mesej untuk saya sebagai sebahagian daripada derma anda di platform tersebut.

https://ko-fi.com/mnh48

Cara lain

Sekiranya cara yang disenaraikan di atas tidak boleh anda gunakan, saya juga menerima PayPal, tetapi anda perlu hubungi saya dahulu untuk dapatkan pautannya. Saya tidak boleh meletakkan secara umum kerana ada peningkatan kes cubaan penipuan pertikaian di mana seseorang akan menghantar duit dan terus menarik balik serta merta, di mana sistem PayPal akan mengecas saya bagi pertikaian tersebut.

Saya juga boleh aturkan cara pembayaran lain yang tidak disenaraikan di halaman ini.

Hantar sesuatu

Sebagai orang sains komputer, peminat pengangkutan awam, dan penterjemah, saya amat hargai jika anda boleh menghantar sesuatu berkaitan komputer, pengangkutan awam, dan bahasa. Namun begitu, sebenarnya saya akan terima apa sahaja asalkan ia tidak melanggar peraturan pengeposan barangan dan saya tidak perlu membayar apa-apa kepada kastam. Saya tidak akan bayar kepada kastam sekiranya ada apa-apa barang yang anda hantar sangkut di pejabat kastam atau badan import.

Contoh barang yang anda boleh hantar kepada saya:

Untuk menghantar perisian atau barangan yang boleh dihantar secara digital, anda boleh hantarkan ke emel saya [email protected] atau sembang di pelayan Discord saya dan tulis yang anda ingin hantar sesuatu (anda boleh juga terus muat naik di sembang umum kalau nak orang lain ambil juga, tetapi kalau nak hantar untuk saya seorang, tulis di sembang dahulu supaya saya buka DM saya).

Untuk menghantar perkakasan, barangan fizikal atau surat, anda boleh hantarkan ke alamat berikut.

Yaya MNH48, MyPosPay Parcelhub PUDO Jalan Kuching
No. 110-G, Jalan Kepayang, Taman City,
Off Jalan Kuching, Kuala Lumpur,
51200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
MALAYSIA.
Tel: 011-14740542

Saya turut sertakan nombor telefon pemberitahuan yang selalunya diperlukan untuk penghantaran bungkusan. Nombor yang tertera hanyalah nombor pemberitahuan yang menggunakan SMS dan WhatsApp umum, ia tidak menerima sebarang panggilan masuk. Kod negara selalunya tidak diperlukan kerana nombor telefon adalah untuk digunakan oleh posmen dalam negara setelah sesuatu barangan sampai ke negara destinasi, bukan untuk kegunaan posmen antarabangsa. Ambil perhatian bahawa ada TIGA nombor 1 dalam nombor telefon, jangan terlupa nombor 1 yang ketiga!