MNH48.moe

Menterjemah ke bahasa Melayu sejak tahun 2012, dan menyumbang kepada sumber terbuka.

Kenapa kena bantu pula?

Sebenarnya ikut suka kau la, saya tak kisah kalau kau tak nak tolong saya, cumanya saya akan lebih bersemangat dan buat lebih banyak terjemahan kalau kau tolong saya.

Tapi kalau memang kau nak tolong saya, kau mungkin rasa kenapa nak tolong pula. Kalau kau tak tahu lagi, saya penterjemah bahasa Melayu untuk pelbagai perisian, pemalam, mods dan dokumen. Saya juga penterjemah utama bahasa Melayu untuk Minetest, sebuah enjin permainan dan permainan kotak pasir blok dunia tanpa had bersumber terbuka dengan aspek kemandirian dan pertukangan. Selain itu, saya juga membantu pembangunan sesetengah perisian, pemalam, mods dan dokumen dalam cara lain seperti penyahpepijatan atau melaporkan isu-isu.

Dengan membantu saya, anda membuktikan bahawa anda menghargai apa yang saya telah lakukan. Ia menggalakkan saya untuk meluangkan lebih banyak masa membuat terjemahan dan menyokong usaha pengantarabangsaan di peringkat dunia, untuk membolehkan lebih ramai orang memahami lebih banyak bahan. Bantuan anda juga akan membantu saya mengurangkan beban caj sewaan hos pelayan saya yang kini digunakan untuk laman web terjemahan (laman web yang anda sedang baca sekarang) dan juga pelayan Minetest khusus untuk penutur bahasa Melayu.

Perlu saya ingatkan, anda hanya patut membantu saya sekiranya anda suka apa yang saya buat atau anda ingin menyokong usaha pengantarabangsaan dunia. Jika tidak, anda tidak perlu berbuat sedemikian. :)

Macam mana nak bantu?

Ada banyak cara untuk bantu saya.

Derma

Anda boleh menderma kepada saya melalui platform berikut.

Hantar sesuatu

Sebagai pelajar sains komputer dan penterjemah, saya amat hargai jika anda boleh menghantar sesuatu berkaitan komputer dan bahasa. Namun begitu, sebenarnya saya akan terima apa sahaja asalkan ia tidak melanggar peraturan pengeposan barangan dan saya tidak perlu membayar apa-apa kepada kastam. Saya tidak akan bayar kepada kastam sekiranya ada apa-apa barang yang anda hantar sangkut di pejabat kastam atau badan import.

Contoh barang yang anda boleh hantar kepada saya:

Untuk menghantar perisian atau barangan yang boleh dihantar secara digital, anda boleh hantarkan ke emel yang sama translation@mnh48.moe.

Untuk menghantar perkakasan, barangan fizikal atau surat, anda boleh hantarkan ke kampus saya menggunakan alamat berikut (ia juga alamat sama yang saya guna untuk beli barang dalam talian).

Muhammad Nur Hidayat (2017428054),
UniStorage, Lot 5, Bgn Parkir Bertingkat,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor,
MALAYSIA.
Tel: 011-14740542

Saya turut sertakan nombor telefon pemberitahuan yang selalunya diperlukan untuk penghantaran bungkusan. Nombor yang tertera hanyalah nombor pemberitahuan yang menggunakan SMS, ia tidak menerima sebarang panggilan masuk. (Nombor yang sama juga ada akaun WhatsApp tetapi ia tidak boleh digunakan ketika ini kerana saya gunakan nombor telefon peribadi untuk WhatsApp) Kod negara selalunya tidak diperlukan kerana nombor telefon adalah untuk digunakan oleh posmen dalam negara setelah sesuatu barangan sampai ke negara destinasi, bukan untuk kegunaan posmen antarabangsa.